BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 30 March 2010

malam nie aku terkejut tengok berita yg din beramboi koma terkena virus kencing tikus...dan amat2 perlukan darah jenis 'o'.saper yg darah jenis 'o' boleh dermakan kat din beramboi.berita yg aku tahu skang dia berada di Hospital Selayang.aku pun dengan pantao google aper ler penyakit kencing tikus nie..mehler kite kongsi sama2 info yg aku dapat nie.

Virus Leptospirosis

TIKUS DAN WABAK


PENGENALAN

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

FAKTOR


• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air
dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

GEJALA:


1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).


2.Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)


4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.


5. Radang selaput mata.


6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.



TANDA dan ujian makmal:


1. Ujian sel darah putih (WBC).


2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.


3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.


5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).


6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.


7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.


8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.


9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.



Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun
kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

KOMPLIKASI:


• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.


• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).


• Perdarahan yang teruk.


• Respiratory (distress).


• Kegagalan fungsi hati.


• Kegagalan fungsi buah pinggang



RAWATAN

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis.
Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

PENCEGAHAN

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa.

Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

p/s: rumah sapa yang ada tikus tu elok benor ler bela kucing.. bela kucing yg cute2..

0 KomeN: